Tuesday, 21 July 2015

SEJARAH SEKOLAH

1.0 LATAR BELAKANG SEKOLAH



1.1 Sejarah Sekolah



SMKSH telah ditubuhkan pada 1 Disember 1992 bermula dengan 109 orang pelajar, empat kelas dan 13 orang guru. Pada masa penubuhannya, bangunan sekolah yang sepatutnya didirikan untuk sekolah rendah di Taman Sri Hartamas telah digunakan. Sekolah ini terdiri daripada tiga buah blok bangunan iaitu 2 blok bangunan sekolah dan sebuah kantin. Pada asalnya bangunan sekolah ini dibina bertujuan menampung bilangan pelajar sekolah rendah di kawasan Sri Hartamas namu keputusan untuk menukarkan status sekolah ini ke sekolah menengah kerana didapti keperluan sekolah menengah amat diperlukan pada ketika itu. Oleh itu sementara menunggu bangunan baru sekolah menengah siap dibina di kawasan Bukit Kiara bangunan sekolah ini digunakan untuk sementara waktu. Pengetua pertama sekolah ini ialah Puan Che Endah @ Halimahtun bt Yaacob.  Tujuaan sekolah ini dibina pada waktu itu ialah untuk menampung pelajar dari SK Bukit Damansara yang akan melanjutkan pelajaran di peringkat menengah.  Kumpulan pertama pelajar sekolah ini telah mengambil peperiksaan PMR pada tahun 1995 dan SPM pada 1997. Pada penghujung tahun 1999 SMKSH telah berpindah ke bangunan baru (sekarang) di Desa Sri Hartamas dibawah kepimpinan pengetua yang kedua iaitu Puan Noormah Bt Suid mulai November 1999 dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas.. Sekolah baru ini terdiri daripada 4 buah blok iaitu Blok A,B, C dan D dan dilengkapi dengan sebuah dewan terbuka dan sebuah kantin..

Dari segi bilangan pelajar , pada mula sekolah ini  berpindah ke bangunan sekarang pada tahun tahun 1999 biilsngsn pelajar hanya seramai 821 orang manakala guru pula seramai 47 orang sahaja dan hanya 27 buah kelas dibuka .  Bilangan pelajar SMKSH. ini SMK Seri Hartamas terus meningkat dari setahun ke setahun iaitu pada tahun 2000 bilaangan pelajar mening kepada 932 orang guru  48 orang dan kelas sebanyak 28 buah.  Pada tahun 2001 bilangan pelajar meningkat kepada 1080 orang , guru kepada 53 orang dan kelas dibuka kepada 30 buah kelas.  Pada tahun  2007  bilangan pelajar telah meningkat kepada 1300 orang guru kepada 69 orang dan 35 buah kelas telah dibuka.  Sehingga sekarang  sekolah ini dan beroperasi secara satu sesi mempunyai bilangan pelajar seramai 1178 orang guru  seramai 78 orang dan bantuan staf sokongan seramai 10 orang.   
Selepas pengatua yang pertama Puan Che Endah, berpindah beliau diganti pula oleh Puan Noormah Bt Suid sehingga bersara pada 28 Ogos 2001.  Tempat beliau diganti pula oleh Puan Aziah Bt Abd Rahman  pada 29 Ogos sehingga beliau bersara pada 10 November 2006.  Pengetua seterusnya ialah Cik Hajah Kamariah Bt Abu  sehingga beliau berpindah pada Oktober 2009 dan diganti oleh Pn Rosimawati Bt Saad sehingga sekarang
Pelbagai usaha telah dilakukan dalam semua bidang untuk memajukan sekolah sebagai sebuah sekolah yang cemerlang dan mencapai objektifnya. Kecemerlangan sekolah dalam bidang akedemik telah terbukti dengan setiap tahun SMK Seri Hartamas menduduki tempat teratas sebagai sekolah harian terbaik dalam pencapaian peperiksaan PMR dan SPM.
SMK Seri Haratamas juga telah berjaya menjadi johan pertandingan 3K peringkat negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 2004 dan mendapat tempat ketiga pertandingan 3K peringkat kebangsaan pada tahun 2005.
Sekolah ini juga mempunyai satu kelas bahasa antarabangsa iaitu bahasa Jerman yang dikendalikan oleh seorang guru yang mendapat latihan khusus pengajaran subjek tersebut.  Pelajar yang menghadiri kelas ini terdiri daripada  pelajar   di tingkatan 1 – 4.  Pengajaran dan pembelajaran kelas ini diadakan selepas waktu persekolahan setiap hari kecuali hari Jumaat

Sehingga tahun 2013 seramai 5 orang pengetua telah menerajui sekolah ini iaitu :

            Dis 1992 – Feb 1998 : Pn Chek Endah Bt. Yaakob
Feb1998 – Ogos 2001 : Pn Hajah Noormah Bt. Suid
Sept 2001 – Nov 2006 : Pn Aziah Bt Abd. Rahman
Jan 2007 – Okt 2009            : Cik Hajah Kamariah Bt Abu
Okt 2009  –  Jun 2014         : Pn Rosimawati Binti Saad
Jun 2014 – Sept 2014         :  Pn Asiah Bt Husin
Okt 2014- Kini                       : Datin Zarina Bt Abd Rahman

1.2 Maklumat Asas Sekolah

Nama Sekolah                   :         SMK Seri Hartamas

Kod Sekolah                      :         WEA 0220

Jenis Sekolah                    :         Sekolah Menengah Kebangsaan
                                                     (SMK) Harian
Peringkat                            :         Menengah Rendah, ( Tingkatan 1-3 )
Menengah Atas (Tingkatan 4 dan 5)

Gred                                   :         B Lokasi Pendaftaran            :         Bandar
Alamat Surat Menyurat      :         Jalan 48/ 70A Desa Sri Hartamas,

50480 Kuala Lumpur

No Telefon                            :          03 62030048
Faks                                        :        03 62030096

Alamat emel                       :         lawea0220@btpnkl.edu.com

Pejabat Pelajaran              :         PPW Bangsar Pudu Kuala Lumpur

Jabatan Pelajaran              :         Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan


Skor SKPM 2011               :         93.7%

Skor SKPM 2012               :         90.7%

Skor Komposit 2011          :         80.3

Skor Komposit 2012          :         76.28

Ranking Sekolah 2011      :         221/2198

Ranking Sekolah 2012      :          261/2275

Band NKRA                       :         3


1.3 Lencana Sekolah


Rajah 1 : Lencana Sekolah

Lencana sekolah berbentuk perisai melambangkan perjuangan dalam  menuntut  ilmu  pengetahuan.  Terdapat lima gelung bulatan yang terdapat dalam perisai tersebut yang melambangkan murid mewakiliti dan terlibat dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.  Manakala  lambang  pensel dan buku  tmelambangkan pelajaran dan ilmu pengetahuan yang dituntut oleh pelaja.  Peralatan matematik pula melambangkan kepakaran dan keterampilan pelajar dalam bidang sains dan matematik dan akhirnya lambing bunga padi di bahagian bawah melambangkan penggabung jalinan semua aspek dalam lencana dan perpaduan yang wujud dalam sekolah.  Motto sekolah Usaha Maju Jaya terdapat di tengatengan perisai yang menunjukkan usaha yang dilakukan oleh setia pelajar sehingga mencapai kejayaan dalam semua bidang.

Penggunaan 3 warna pada lencana sekolah ini adalah seperti berikut. Warna Biru melambangkan melambangkan keharmonian pelajar dan seasana sekolah. Warna merah pula melambangkan sifat keberanian pelajar serta semangat yang tabah untuk menghadapi segala cabaran. Manakala kuning melambangkan sifat pelajar sebagai seorang insan yang mulia..








LAGU SEKOLAH
Kami Warga SMK Seri Hartamas
Berjanji Mencapai Aspirasi Mu
Menuntut Ilmu Tidak Jemu
Mengharumkan Namamu
Usaha Maju Jaya Tekad Kami
Bersama Mencapai Hasrat Murni
Kami Berbangga Denganmu
Kami Menghargai Jasamu
Bersatu Berdisiplin Bersemangat Waja
Membangun Negara Tercinta
SMK Seri Hartamas Gemilang Terbilang
SMK Seri Hartamas Gemilang Terbilang

1.4 Visi
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
1.5 Misi

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti.



1.6 Falsafah Pendidikan Negara
              Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.







1.7 Peranan  Sekolah



SMK Seri Hartamas merupakan sebuah institusi di bahaw kawalan Kementerian Pelajaran Malayisa merupakan sekolah menengah harian yang berfungsi untuk  mendidik murid-murid peringkat menengah dari kawasan berhampiran dan dari luar kawasan sebagai persediaan pengajian ke peringkat tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Bidang-bidang tugas yang dipertanggungjawabkan kepada sekolah  adalah:

a.  Kecemerlangan dalam bidang akademik

b.  Kebajikan dan tanggungjawab guru dan staf sekolah

c.  Bimbingan dan pembentukan sahsiah serta kemenjadian murid
d.  Penglibatan a ktiviti Kokurikulum
e.   Perhubungan dengan komuniti dan agensi luar


1.8 Piagam Pelanggan


Kamwarga  Sekolah  Menengah  Kebangsaan  Seri Hartamas ini bersedia  dengan penuh tekad dan beriltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

1.8.1    Memberi layanan yang adil dan mesra.
1.8.2    Mendengar dan memahami dengan perihatin
1.8.3     Bertindak dan melaksanakan tugas dengan cepat, cekap dan berkesan.
1.8.4     Memberi khidmat bantuan yang terbaik dengan ikhlas.
1.8.5  Menerima idea atau pandangan dengan sikap terbuka dan rasional


1.9     Struktur Organisasi

Rujuk Lampiran 1.










1.1 Barisan Pentadbir Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas /
           Barisan Pengurusan  Sekolah



Barisan pentadbir sekolah ini terdiri daripada sembilan orang guru utama yang diketuai oleh Pn Rosimawati Bt Saad sebagai pengetua  dan beliau dibantu oleh empat orang Penolong Kanan iaitu Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum  serta empat orang Guru Kanan Mata Pelajaran iaitu bagi bidang Sains dan Kemanusiaan bidang Bahasa, bidang dan Teknik dan Vokasional dan bidang Sains dan Matematik di samping seorang kaunselor yang juga merupakan Barisan  Pengurusan.


Mesyuarat pengurusan sekolah ini diadakan mengikut keperluan dari semasa ke semasa tetapi telah ditetapkan sebanyak 6 kali setahun dan  ditambah bilangannya mengikut keperluan semasa. Semua keputusan tentang pentadbira da kewanga utam (melibatka pembelian   harta   modal) diputuskan dalam mesyuarat ini. Semua ahli bekerja secara berpasukan dan komited terhadap tugas masing-masing. Boleh dikatakan bahawa barisan pentadbiran sekolah ini adalah satu pasukan yang mantap dan sentiasa berkerjasama menjalankan misi sekolah untuk mencapai visi bersama. Rujuk Gambar 1












1.12 Pelan dan Lokasi  
         Sek Men Seri Hartamas  terletak di dalam lingkungan  5 km dari pusat

bandaraya Kuala Lumpur . Kawasan sekitarnya dikelilingi oleh kawasan perumahan

Desa Seri Hartamas, Kiara View dan Taman Seri Hartamas.  Kebanyakan

penduduk di kawasan ini berpendapatan tinggi dan taraf pendidikan keluarga

pelajar  juga berpelajaran tinggi.

Sekolah ini juga terletak berhampiran dengan Pusat Sains Negara di Bukit

Kiara dan juga berhampiran dengan pejabat kerajaan Jalan Duta. Seterusnya

sekolah ini terletak bersebelahan dengan Lebuhraya Kerinchi Link yang merupakan

jalan utama ke sekolah ini

Rajah 2 : Pelan sekolah











 



1.13. Kemudahan-kemudahan fizikal yang terdapat di SMK Seri Hartamas








     




 


                                                                        
Rajah 3 Kemudahan-kemudahan fizikal yang terdapat di SMK Seri Hartamas




-
-
-
-

-
-
-
-
-


 



1.14   Persatuan Ibu Bapa dan  Guru (PIBG)

PIBG di sekolah ini merupakan sebuah persatuan yang aktif dan mempunyai

pengaruh yang besar terhadap aktiviti yang dijalankan di sekolah  terutama yang

melibatkan kewangan.   Nilai  sumbangan  yuran  PIBG  yang  dikenakan  ke  atas

setiap keluarga murid ialah sebanyak  RM 50  tetapi perbelangaan setiap nilai wang

tersebut dibelanjakan secara berhemah.  AJK PIBG juga kerap berusaha

mendapatkan sumbangan dan mencari sumber-sumber kewangan melalui

sumbangan derma perseorangan yang dikenali oleh setiap AJK dalam kalangan

masyarakat bagi menampung program-program sekolah terutama yang melibatkan

program akademik, kemenjadian murid dan aktiviti kokurikulum.  Tidak dapat

dinafikan melalui komitmen ibu bapa sekolah ini maka PIBG sekolah ini telah

memenangi anugerah PIBG terbaik di peringkat Zon Bangsar dan tempat ke 3 di

peringkat negeri di Kuala Lumpur pada tahun 2012.

Antara program dan aitiviti yang mendapat bantuan dan sokongan PIBG

sepenuhnya adalah seperti 

Program penetapan target untuk pelajar tingkatan 3 dan 5

Program perkhemahan Pengawas Sekolah, Majlis perwakilan

Pelajar dan Pengawas Pusat Sumber

Program Peningkatan Akademik

Majlis Anugerah Cemerlang

Kejohanan Balapan dan Padang

Program-program Kokurikulum

Majlis Graduasi Ting 5

Membiayai kos kerosakan insfrastruktur sekolah

Membiayai bayaran tuisyen dan sagu hati kepada guru

Pihak sekolah sering melibatkan PIBG dalam pelbagai program sekolah bagi 

mewujudkan kejelekitan hubungan antara AJK PIBG serta ibu bapa, guru dan

pelajar. Oleh itu melalui kerjasama yang wujud antara pihak sekolah maka semua

program sekolah telah berjalan dengan lancar dan berjaya. Bilangan AJK PIBG

terdiri daripada 8 orang ibu bapa dan 7 orang guru.  Berikut adalah senarai Ahli








  
















































 
















































 
 





























































1.1 Data/Statistik yang berkaitan


Purata bilangan murid SMK Seri Hartamas setiap tahun adalah seramai 1200 orang. Bilangan ini sentiasa berubah-ubah berdasarkan kemasukan dan pertukaran pelajar setiap bulan

1.15.1 Enrolmen murid
Enrolmen murid pada 31 Mei  2013 ditunjukkan oleh jadual berikut :

DARJAH/

TINGKATAN
BIL KELAS

KELAS
BIL

MURID (L)
BIL MURID (P)


JUMLAH
1
7
131
129
260
2
7
132
107
239
3
7
130
155
285
4
7
120
114
234
5
7
130
108
238
JUMLAH

676
625
1299

Jadual 4 : Enrolmen murid pada 31 Mei  2013
1.15.2 Bilangan guru

BIL
JENIS GURU
JUMLAH
2
Guru Terlatih


2.1
Gred DG 48
1

2.2
Gred DG 44
33

2.3
Gred DG 41
54

2.4
Gred DGA32
8

JUMLAH

96

Jadual 5 : Kedudukan guru pada 30 November 2013

1.16    Pencapaian Akademik
a.  Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah

PMR
% MENGUASAI
GPS
BIL SEMUA A
2008
57.63
3.11
5
2009
58.10
3.05
4
2010
60.32
3.05
3


Jadual 6 : Keputusan PMR 3 tahun



b.  Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia



SPM


BIL MURID
%

MENDAPAT SIJIL


GPS
BIL

SEMUA A

% CEMERLANG
2008
237
93.25
6.08
0
0
2009
216
91.42
5.95
0
0
2010
247
89.75
6.01
2
0.8%


Jadual 7 : Keputusan SPM 3 tahun

Rujuk Lampiran untuk maklumat yang lebih lengkap

1.1 Kejayaan dan pencapaian dalam bidang Kokurikulum dalam tahun 2012

            Pencapaian SDARY di bidang Kokurikulum adalah sederhana. Namun ada beberapa pencapaian yang menyerlah walaupun tidak konsisten seperti mencapai Johan dalam pertandingan bola sepak Piala Kegu dan menjadi Johan Pertandingan Roket Negeri Johor.  Warga SDARY berusaha mencapai kejayaan yang lebih baik dari  tahun  ke  tahun. Berbandinbeberapa  tahun  yang  lalu,  SDARY  kini  dilihat bersaing dan berganding di dalam beberapa pertandingan dengan sekolah-sekolah kluster dan premier seperti di dalam pertandingan Robotik dan Model Kereta F1 sehingga membawa perserta-peserta ke peringkat kebangsaan.

No comments:

Post a Comment